Skip to main content

JWP BUKU TEKS PEND MORAL TING. 2, 2018



JWP BUKU TEKS PEND MORAL TING. 2, 2018

Jawapan Uji Minda dan Penilaian 1

Unit 1

Uji Minda (hlm. 5)
1. - Bersikap jujur demi keharmonian dalam hubungan sesama anggota keluarga, jiran, dan masyarakat.
- Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga untuk mewujudkan sikap saling mempercayai.
- Saling menghormati supaya hubungan lebih erat.
- Bertolak ansur untuk rakyat hidup dalam suasana harmoni.
- Bekerjasama untuk mewujudkan keamanan dalam kalangan masyarakat

2. - Melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
- Membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni.
- Negara yang aman akan maju dan makmur.
- Tidak berlaku perselisihan faham dalam keluarga, komuniti dan masyarakat.
- Melahirkan rakyat yang berbudi pekerti mulia.

Penilaian (hlm. 10)
A.
1. - Jangan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yang tidak berfaedah.
- Agama melarang penganutnya daripada menyinggung perasaan orang lain.

2. - Menggunakan kata-kata sopan ketika berbual.
- Memberi salam kepada semua warga sekolah.
- Menghormati agama dan adat kaum lain.
- Membantu rakan yang berada dalam kesusahan.
- Tidak melibatkan diri dalam gejala sosial.

3. - Sebagai panduan kepada setiap penganutnya.
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu.
- Melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi.
- Membentuk masyarakat yang bersatu padu.
- Menjadikan negara aman dan harmoni.

4. - Bertoleransi dalam komuniti kejiranan.
- Menghormati anggota masyarakat yang mempraktikkan pelbagai agama dan kepercayaan.
- Mempraktikkan nilai kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian.
- Menunjukkan sikap kesederhanaan dalam setiap perlakuan.

B.
- Adat resam dapat memupuk nilai positif dalam diri setiap insan. Insan yang mempunyai nilai positif akan mempraktikkannya dalam kalangan masyarakat.
- Contoh: Mematuhi anggota keluarga yang lebih tua.
- Dengan memahami dan menghormati adat resam masyarakat lain, hubungan baik akan terjalin.
- Contoh: Menghadiri sambutan rumah terbuka sesuatu perayaan.
- Mengambil tahu pantang larang dan kepentingannya untuk mengelakkan pemikiran negatif terhadap kaum lain.


Unit 2

Uji Minda (hlm. 16)
1. Bangga dan gembira kerana hidup dengan harmoni dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.
2. Masyarakat Iban saling berinteraksi, saling membantu dan bersama-sama melaksanakan kepercayaan serta menjaga adat resam dan tradisi mereka.

Penilaian (hlm. 20)
A.
1. Sedih dan kecewa kerana seorang murid tidak sepatutnya membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak.

Jawapan Uji Minda dan Penilaian 2

2. - Mencemarkan nama baik remaja.
- Dipandang hina oleh masyarakat.
- Mendapat cacian orang sekeliling.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni tidak kira di mana-mana kita berada.
B.
- Sebagai panduan dalam kehidupan.
- Sebagai benteng diri daripada terlibat dengan perkara yang negatif.


Unit 3
Uji Minda (hlm. 25)
1. Cara:
- Bangun awal
- Mandi
- Mencuci cawan dan pinggan selepas bersarapan
- Menjalankan tugas menyapu lantai dan menyusun kerusi serta meja
- Membuat kerja sekolah
- Mengulang kaji pelajaran
2. Kebaikan:
- Dapat mengurus diri tanpa bergantung pada ibu bapa atau rakan.
- Dapat menjadi seorang anak/murid yang berdisiplin.
- Badan menjadi sihat dan bersih
- Disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan.
- Kelas menjadi bersih dan kemas
- Kerja sekolah dapat disiapkan.
- Dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
3. Perasaan:
- Gembira
- Bersyukur
Sebab:
- Segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
- Dapat menjalankan kewajipan sebagai seorang anak/murid dengan baik.


Penilaian (hlm. 30)
A.
1. Tidak kerana tindakan mereka yang terlibat dengan amalan merokok, ponteng sekolah dan buli menyebabkan mereka mendapat kesan yang berikut:
- dibuang sekolah
- dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah.
- dihina/dipandang rendah oleh guru/ rakan/murid lain
- menjejaskan maruah diri, keluarrga dan nama sekolah
2. Tanggungjawab diri bagi seorang murid:
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif.
- Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.
- Mengamalkan gaya hidup sihat.
- Bijak memilih kawan.
3. Kepentingan:
- Menjaga nama baik diri, keluarga, sekolah dan negara.
- Menjauhi pelbagai jenis penyakit.
- Dapat menjaga keselamatan diri dengan baik.
- Tidak terjerumus dalam gejala sosial yang negatif.
- Masa hadapan yang cerah.
4. Nilai:
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Harga diri
- Hemah tinggi
- Kasih sayang
B. Cara menjaga keselamatan diri:
Makmal sains:
- Menggunakan peralatan sains atas arahan dan panduan guru.
- Menjalankan eksperimen dengan kebenaran dan kehadiran guru.
- Tidak bermain-main dengan peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.
- Tidak menggunakan kertas untuk menghidupkan api penunu Bunsen.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
3
- Memadamkan kayu mancis dan benda lain yang masih berbara sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
- Mematuhi langkah-langkah keselamatan di dalam makmal sains.
Padang:
- Memakai kasut dan pakaian yang sesuai.
- Berhenti bermain jika hari hujan/petir/ ribut.
- Sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan aktiviti lasak.
- Tidak membuang sampah atau objek-objek tajam seperti jarum, gunting dan pisau di padang sekolah.
Kantin:
- Beratur semasa membeli makanan.
- Tidak berlari atau bermain-main di kantin.
- Tidak masuk ke kawasan dapur.
- Berhati-hati ketika membawa makanan panas.


Unit 4


Uji Minda (hlm. 40)
1. - Menemani Marvin ketika sedang bermain.
- Memperlahankan bunyi radio dan televisyen serta tidak menjerit ketika Marvin sedang bermain.
- Sentiasa memerhatikan pergerakan dan perlakuan Marvin untuk mengelakkannya daripada melakukan perbuatan yang membahayakan diri.
- Membantu menyebut perkataan dengan betul dan mengajar perkara yang sewajarnya.
- Memastikan keselamatan Marvin.
2. Kesannya:
- Autisme Marvin akan bertambah teruk dan dia akan jatuh sakit.
- Ibu bapa risau melihat keadaan Marvin.
- Marvin akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan keselamatan diri.
- Keluarga menjadi tidak aman dan tidak harmoni.
Penilaian (hlm. 44)
A.
1. - Membantu nenek dalam mengurus keluarga.
- Menjaga keperluan dan kebajikan anggota keluarga di rumah dan di hospital.
- Menjaga keselamatan adik-beradik di rumah.
- Membantu adik dalam pelajaran.
2. - Keharmonian keluarga sentiasa dijaga.
- Meringankan beban anggota keluarga.
- Urusan dan aktiviti keluarga berjalan dengan lancar.
3. - Keadaan keluarga menjadi tidak terurus.
- Ibu bapa berasa risau dan tertekan.
- Adik-beradik akan hilang fokus dalam pelajaran.
- Nenek berasa letih dan mungkin jatuh sakit kerana mengurus banyak urusan keluarga.
4. - Kerjasama - semua kerja di rumah dibuat bersama-sama.
- Kasih sayang - saling menyayangi supaya kebajikan anggota keluarga terjaga.
- Toleransi - bertolak ansur membuat kerja rumah ketika ibu bapa tiada di rumah.
- Bertanggungjawab- setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebajikan dan keperluan anggota keluarga lain.
B.
- Ibu bapa menerapkan amalan positif kepada anak-anak mereka.
- Setiap perbuatan yang salah perlu ditegur.
- Ibu bapa memastikan anak-anak mendapati didikan agama yang sempurna.
- Memantau pergaulan anak-anak.
- Anak-anak bertanggungjawab dengan peranan masing-masing.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
4

Unit 5

Uji Minda (hlm. 49)
1. Bangga dan gembira kerana mempunyai sahabat yang sanggup susah senang bersama-sama.
2. Penghayatan dan amalan persahabatan sejati yang ikhlas dalam kehidupan
3. Sahabatnya mengutamakan adab-adab dalam menjalinkan persahabatan.
4. - Tidak mengecilkan hati sahabat dengan sengaja
- Menjaga maruah dan aib sahabat
- Memuliakan sahabat
Penilaian (hlm. 58)
A.
1. Menasihati Ramesh agar tidak menuduh sahabatnya tanpa usul periksa.
2. Ya, sahabat Ramesh menunjukkan perlakuan beradab dalam persahabatan dengan menasihati Ramesh.
3. - Menjalinkan persahabatan yang sejati.
- Sebagai penenang jiwa.
- Menjadi pendorong untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
4. Perlakuan beradab
- Menasihati sahabat dengan berhemah.
- Menjaga aib sahabat.
Perlakuan tidak beradab
- Memungkiri janji dengan sahabat.
- Mencemarkan maruah sahabat.
5. Mengamalkan nilai hormat dan hemah tinggi. Contohnya, dengan menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu dan tidak bertindak terburu-buru.
B.
Pendirian: bersetuju
- Seorang sahabat perlu menjaga adab persahabatan dengan sahabat yang lain.
- Tidak membocorkan rahsia sahabat.
- Menjaga aib dan maruah sahabat.
- Menasihati sahabat ke arah kebaikan.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat.

Unit 6

Uji Minda (hlm. 63)
1. Encik Lam, jiran yang tidak baik kerana:
- Memandang rendah kepada jirannya, Encik Mok yang hidup miskin.
- Melarang anak-anaknya berkawan dengan anak Encik Mok.
2. Perasaan:
- Tidak gembira
- Kecewa
3. Kebaikan:
- Mudah mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah.
- Boleh membantu menjaga keselamatan rumah.
- Membantu menjayakan majlis keramaian.
Penilaian (hlm. 72)
A.
1. Tidak setuju kerana tindakannya menyebabkan:
- Rumah Encik Ramli menjadi kotor.
- Baju yang dijemur juga menjadi kotor.
- Menjejaskan hubungan dengan jiran.
- Tidak mengambil kira perasaan jiran lain.
2. Cara:
- Menasihati jiran Encik Ramli supaya menghentikan tindakannya daripada membuang sampah dari tingkat atas.
- Memberitahu jiran Encik Ramli yang tindakannya memberikan kesan negatif kepada hubungan dengan jiran.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
5
- Mencadangkan cara yang betul untuk membuang sampah.
- Menasihati jiran Encik Ramli agar memohon maaf dan tidak mengulangi perbuatannya lagi.
3. Nilai:
- Hormat
- Toleransi
- Kerjasama
- Hemah tinggi
- Berterima kasih
B.
Cara:
- mengadakan kutipan derma untuk menampung kos pembedahan.
- menularkan berita melalui media sosial tentang penyakit Laila agar mendapat bantuan daripada orang lain.

Unit 7

Uji Minda (hlm. 77)
1.
a. Mengumpul sumbangan berbentuk barangan daripada anggota keluarga, rakan-rakan dan kawasan kejiranan seperti:
- Pakaian untuk semua peringkat usia.
- Barangan makanan seperti biskut, beras, makanan dalam tin, air minuman dan lain-lain.
- Barangan keperluan seperti selimut, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan lain-lain.
b. Mengutip sumbangan kewangan daripada warga sekolah dan kawasan kejiranan.
c. Menggalakkan anggota keluarga menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa bencana alam.
d. Membantu membungkus, mengagih dan menghantar barangan keperluan di pusat pengumpulan bantuan mangsa bencana alam.
2. - Dapat meringankan beban mereka yang kehilangan harta benda.
- Membantu memenuhi keperluan harian mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
- Membantu mereka mengharungi kesusahan sehingga boleh berdikari.
- Memberikan kesedaran kepada rakyat supaya sentiasa prihatin terhadap sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Penilaian (hlm. 86)
A.
1. Antara ciri masyarakat Kampung Arau termasuklah:
- Pemurah dalam menghulurkan bantuan.
- Belas kasihan terhadap keadaan pasangan warga tua.
- Bekerjasama dengan jiran.
- Prihatin dengan keperluan warga tua.
- Menunjukkan sikap baik hati.
2. Penduduk kampung wajar membantu pasangan Encik Mahmud kerana:
- Setiap individu mempunyai hak untuk hidup termasuklah mereka yang serba kekurangan perlu mendapat bantuan sewajarnya.
- Keperluan kesihatan perlu dijaga, terutamanya ketika usia tua.
- Pasangan Encik Mahmud wajar mendapat tempat pelindungan yang baik.
3. - Memberikan bantuan kewangan supaya dapat memenuhi keperluan harian.
- Bergotong-royong untuk membersihkan dan membaiki rumah mereka.
- Menghulurkan bantuan seperti makanan dan pakaian.
- Membawa pasangan tersebut ke hospital untuk memantau kesihatan mereka.
4. Perasaan:
- Gembira kerana masyarakat di situ sentiasa mengambil berat tentang keperluan orang lain dan sentiasa menunjukkan sikap prihatin.
- Terharu kerana kesusahan orang lain dapat dikongsi dan diringankan.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
6
B.
- Masyarakat memandang rendah kepada bekas penagih dadah dan mereka sering diketepikan.
- Keluarga tidak mempercayai perubahan sikap mereka dan menuduh mereka jika sesuatu kejadian tidak baik berlaku.
- Majikan tidak mahu memberikan peluang pekerjaan dan beranggapan mereka tidak produktif.
- Tidak ada agensi yang boleh membantu mereka untuk memulakan hidup baharu.
- Keluarga dan masyarakat tidak bersedia untuk menerima bekas penagih.
- Tidak ada tindakan rawatan susulan untuk memeriksa keadaan bekas penagih selepas keluar dari pusat serenti.

Unit 8

Uji Minda (hlm. 91)
1. - Sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat.
- Dapat menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat.
- Memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang sewajarnya kepada rakyat.
2. - Mempraktikkan perlakuan berhemah ketika berurusan dengan agensi tersebut.
- Tidak memuat naik isu-isu negatif tentang agensi tersebut dalam media sosial.
- Mengucapkan terima kasih selepas mendapat perkhidmatan.
3. Bangga dan gembira kerana agensi perkhidmatan awam tersebut memberikan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan mesra pelanggan.
Penilaian (hlm. 100)
A.
1. Masyarakat
Sebagai penyampai maklumat dan informasi kepada masyarakat.
Negara
Sebagai salah sebuah agensi yang menaikkan imej negara.
2. - Mengucapkan terima kasih setelah mendapat perkhidmatan.
- Bertanya dengan sopan dan berhemah ketika berurusan dengan pegawai.
- Memberikan maklum balas terhadap agensi perkhidmatan awam melalui cara yang betul.
3. Gembira dan bangga kerana perkhidmatan yang diberikan oleh agensi perkhidmatan awam sangat efektif dan dapat memenuhi kehendak pelanggan.
4. Rasional, patriotisme, hemah tinggi, berterima kasih dan bertanggungjawab.
B.
- Tidak membuat panggilan palsu melalui nombor talian kecemasan pihak bomba.
- Memberikan maklumat yang betul dan tepat ketika berhubung dengan pihak bomba.
- Memberikan laluan kepada kenderaan bomba ketika kecemasan.
- Menyertai aktiviti yang berkaitan seperti sambutan hari bomba.

Unit 9

Uji Minda (hlm. 105)
1. Wajar sebab:
- Dapat memupuk sikap prihatin terhadap kebersihan kawasan pantai.
- Mewujudkan kerjasama pelbagai pihak dalam menjaga alam sekitar.
- Dapat memupuk perpaduan.
- Dapat mengurangkan pencemaran.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
7
2. Perasaan:
- Gembira kerana dapat bersama-sama membersihkan pantai tersebut.
- Berpuas hati kerana pantai menjadi bersih dan boleh dilawati oleh pelancong.
3. Cara:
- Mengadakan gotong royong untuk membersihkan pantai.
- Tidak membuang sampah di pantai.
- Melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mengetahui perbuatan atau aktiviti yang menjejaskan pantai.
Penilaian (hlm. 114)
A.
1. Contoh aktiviti manusia:
- Penebangan hutan tanpa kawalan.
- Pembakaran hutan.
- Pemburuan atau penangkapan marin.
- Pembuangan sampah ke dalam sungai atau laut.
- Tumpahan minyak.
2. Wajar:
- Dapat menyelamatkan flora dan fauna daripada pupus.
- Memberikan keseimbangan ekosistem.
- Supaya pendapatan nelayan tidak terjejas.
3. Cara:
- Tidak membuang sampah ke dalam sungai atau laut.
- Membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar jika ternampak perbuatan yang menjejaskan hidupan tersebut.
- Mengadakan kempen kesedaran untuk menyelamatkan hidupan yang semakin pupus.
4. Nilai:
- Rasional
- Kerjasama
- Kasih sayang
- bertanggungjawab
B.
Peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah:
1. Jerebu:
Pihak kerajaan:
- Mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan.
- Menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang menyebabkan masalah tersebut.
Peranan masyarakat:
- Melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mengetahui pihak yang melakukan pencemaran.
2. Banjir kilat:
Peranan masyarakat/individu:
- Tidak membuang sampah ke dalam longkang yang boleh menyebabkan longkang tersumbat.
Peranan kerajaan:
- Membina sistem perparitan yang terancang agar air dapat mengalir dengan lancar.
- Menjalankan proses pendalaman sungai.
- Menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan pembalakan haram kerana hutan merupakan kawasan tadahan hujan.

Unit 10

Uji Minda (hlm. 119)
1. Cara:
- Sentiasa melakukan senaman.
- Terlibat secara aktif dalam acara sukan.
- Terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan sukaneka.
2. Gembira kerana masyarakat sekeliling bebas daripada penyakit dan bersatu melaksanakan aktiviti demi kebaikan bersama.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
8
Penilaian (hlm. 128)
A.
1. - Mudah letih.
- Mudah mendapat penyakit.
2. - Dapat mengelakkan diri daripada penyakit kronik.
- Dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
- Dapat berfikir secara waras dan tenang.
3. - Sentiasa memberikan nasihat supaya mengambil makanan seimbang.
- Mengajak untuk bersenam bersama-sama.
- Merancang aktiviti kekeluargaan di luar rumah bersama-sama ibu bapa supaya semua anggota keluarga turut serta.
4. - Harga diri - dapat menunjukkan perlakuan positif.
- Kesederhanaan - sederhana ketika memilih makanan.
- Bertanggungjawab - tanggungjawab dalam mempunyai badan yang sihat.
B.
- Menjadikan amalan bersenam sebagai rutin harian.
- Mengelak mengambil makanan yang berkolesterol tinggi.
- Mengamalkan pengambilan makanan seimbang.
- Mengelakkan amalan merokok dan mengambil minum minuman beralkohol.
- Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
- Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan.

Unit 11

Uji Minda (hlm. 137)
1. - Sentiasa menjaga kebersihan tidak kira ketika berada di mana-mana sahaja.
- Tidak membuang sampah merata-rata.
- Akur dan patuh kepada undang-undang.
- Sentiasa mengamalkan sikap sayang akan alam sekitar.
2. - Tidak membuang sampah merata-rata.
- Akur kepada peraturan yang ditetapkan.
- Sentiasa menghormati orang di sekeliling.
3. - Kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, mengamalkan sikap hormat-menghormati dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan.
- Sentiasa berdisiplin.
- Sentiasa menyayangi alam sekitar.
Penilaian (hlm. 142)
A.
1. Marah, geram dan sedih kerana masih ada individu yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan dan tidak mengamalkan peraturan di tempat awam.
2. - Mematuhi papan tanda yang ada di tempat awam.
- Tidak membuang sampah merata-rata.
- Menggunakan kemudahan di tempat awam dengan baik.
3. - Mengekalkan keindahan dan keceriaan tempat awam tersebut.
- Mencerminkan keperibadian diri yang baik.
- Tidak mengganggu ketenteraman pengunjung atau pengguna lain.
4. - Kawasan di tempat awam menjadi
kotor dan tidak terurus.
- Kemudahan yang disediakan mudah rosak.
- Mencemarkan imej sesebuah kawasan tempat awam.
- Pandangan serong daripada pihak lain.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
9
5. Rasional, harga diri, hemah tinggi dan kesederhanaan.
B.
- Mengukuhkan benteng dan jati diri supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif.
- Menghayati nilai-nilai murni dan pegangan agama sebagai panduan dalam hidup.
- Memilih rakan yang positif yang boleh menasihati dalam mengambil apa-apa tindakan.
- Sentiasa mengikut bimbingan dan mendengar nasihat ibu bapa.

Unit 12

Uji Minda (hlm. 147)
1. Tidak wajar sebab:
- Menjatuhkan nama baik rakan dan keluarganya.
- Rakannya akan mengalami tekanan emosi dan berasa malu.
- Akan dipinggirkan oleh rakan-rakan lain.
2. Tindakan :
- Memaklumkan kepada ibu bapa supaya mereka tahu perkara yang terjadi.
- Menasihati kawan supaya tidak membuat apa-apa fitnah.
- Melaporkan kepada guru kaunselor/ pihak sekolah tentang fitnah tersebut supaya tindakan boleh diambil.
3. Etika:
- Tidak menghina, mencela, menyindir atau melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain.
- Tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya.
- Tidak memuatkan apa-apa komen yang tidak berfaedah.
Penilaian (hlm. 156)
A.
1. Nasihat:
- Supaya mematuhi etika di alam siber.
- Tindakannya boleh memberikan kesan buruk kepada orang ramai, masyarakat dan negara.
- Dia boleh dikenakan hukuman.
2. Sebab:
- Memperoleh maklumat yang sahih dan tepat.
- Menjadi pengguna siber yang berhemah.
- Dapat melakukan urus niaga dalam talian dengan selamat.
- Menjaga keharmonian masyarakat.
- Mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan sihat.
3. Kesan:
- Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
- Mewujudkan suasana tidak selamat dalam masyarakat.
- Menjejaskan perpaduan.
- Menimbulkan ketidakpuasan hati, perselisihan faham atau pergaduhan.
4. Nilai:
- Bertanggungjawab
- Harga diri
- Patriotisme
- Hemah tinggi
- Kesederhanaan
B. Tindakan Danial tidak wajar sebab:
- Danial melanggar undang-undang siber.
- Boleh dikenakan tindakan atau disaman oleh pengarang asal.
- Menjejaskan maruah diri dan keluarga.

Unit 13

Uji Minda (hlm. 161)
1. - Supaya keselamatan diri sentiasa diutamakan.
- Untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan yang serius.
- Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang lebih selamat untuk digunakan.
- Untuk menjadi teladan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
10
2. - Memastikan kereta sentiasa diselenggara dengan baik.
- Membaiki kerosakan kereta dengan cepat.
- Melaporkan kepada pihak berkuasa jika keadaan jalan raya membahayakan pengguna.
Penilaian (hlm. 170)
A.
1. - Menjaga keselamatan diri dan anggota keluarga.
- Mengelakkan kecederaan dan kemalangan terhadap pengguna jalan raya.
- Menjadikan jalan raya tempat yang lebih selamat untuk digunakan.
2. - Mematuhi jadual penyelenggaraan kereta.
- Membaiki kerosakan pada kereta dengan segera.
- Memeriksa keadaan kereta sebelum memulakan perjalanan.
3. Peraturan jalan raya
- Memakai topi keledar dan baju yang cerah ketika menunggang basikal.
- Menggunakan jejantas di kawasan yang sibuk.
- Mematuhi lampu isyarat jalan raya.
Undang-undang jalan raya
- Mematuhi had kelajuan kenderaan yang ditetapkan.
- Tidak memandu di lorong kecemasan.
4. - Bertanggungjawab - untuk keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain.
- Kasih sayang – dengan menyayangi nyawa orang lain.
- Toleransi – tidak berebut-rebut di jalan raya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.
B.
Peranan ibu bapa
- Menjadi contoh pemandu yang baik di jalan raya.
- Mendidik anak-anak tentang peraturan dan undang-undang jalan raya.
Peranan sekolah
- Mengadakan ceramah kesedaran tentang keselamatan jalan raya.
- Menubuhkan kelab keselamatan jalan raya.
Peranan masyarakat
- Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
- Tidak membuli pengguna jalan raya yang lain.
Peranan polis trafik
- Meningkatkan rondaan di semua jalan raya.
- Mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya.
Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya
- Menguatkuasakan undang-undang supaya pengguna jalan raya lebih berhemah.
- Mengadakan kempen kesedaran keselamatan jalan raya.

Unit 14

Uji Minda (hlm. 176)
1. - Kita mestilah mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara negatif seperti menagih dadah, mencuri dan sebagainya.
- Kita hendaklah mempunyai jati diri dan benteng diri yang kuat supaya terhindar daripada perkara tersebut.
- Kita hendaklah mengukuhkan pegangan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dalam hidup.
2. - Berdoa kepada Tuhan.
- Menyelesaikan masalah dengan tenang.
- Mendapatkan pandangan dan rujukan pakar jika masalah yang dihadapi membebankan.
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
11
- Berfikiran positif.
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat.
Penilaian (hlm. 184)
A.
1. Tidak wajar, kerana remaja tersebut perlu berfikiran matang dan rasional dan tindakannya boleh menyusahkan ramai pihak.
2. - Berbincang dengan keluarga jika ada apa-apa masalah.
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
- Berkawan dengan kawan yang sentiasa positif.
- Tidak terikut-ikut dengan budaya negatif.
3. - Berjumpa dengan guru atau pakar untuk mendapatkan nasihat.
- Bertenang dan berfikir cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Berdoa kepada Tuhan.
4. - Suka, gembira dan terharu kerana berjaya menangani masalah atau konflik yang dihadapi.
- Berusaha menjalani kehidupan yang sihat dan selamat.
5. Golongan remaja perlulah mengamalkan nilai rasional, berdikari, kejujuran, harga diri dan keberanian dalam menangani konflik identiti yang dilalui.
B.
- Memberikan nasihat dan dorongan kepadanya
- Mendekatinya secara berhemah.
- Sentiasa memberikan kata-kata positif agar rakan terus berubah menjadi lebih baik.
- Mencadangkannya supaya merujuk individu yang pakar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Mengajaknya melakukan perkara-perkara positif dalam hidup.

Unit 15

Uji Minda (hlm. 190)
1. Perasaan:
- Gembira
- Bersyukur
Sebab:
- Menjadikan hidup lebih bahagia.
- Mendapat ganti rugi bagi barangan yang rosak.
- Dapat meneruskan pengajian dan dapat pekerjaan walaupun OKU.
- Dapat menerima gaji setelah dihentikan.
2. Hak:
- Hak mendapat perlindungan daripada keganasan.
- Hak mendapat ganti rugi.
- Hak mendapat sokongan yang diperlukan untuk berdikari.
- Hak mendapat upah dan gaji.
3. Cara:
- Membuat laporan kepada pihak yang dapat membantu mereka.
- Memaklumkan kepada ibu bapa supaya tindakan boleh diambil.
Penilaian (hlm. 198)
A.
1. Pihak yang bertanggungjawab:
- Kerajaan
- Masyarakat
- Badan bukan kerajaan
- Individu, perseorangan atau organisasi
2. Penghargaan atau insentif yang berupa wang dan bentuk lain.
Kemudahan dan peluang:
- Kemudahan peralatan
- Kemudahan tempat
- Kemudahan latihan/kemahiran
- Peluang mengambil bahagian dalam pelbagai acara
- Peluang mewakili negara
Jawapan Uji Minda dan Penilaian
12
3. Perasaan:
Gembira kerana:
- Mereka diberi peluang untuk membuktikan potensi dan bakat masing-masing.
- Mereka boleh bersama-sama memberikan sumbangan kepada negara.
- Masyarakat semakin memandang tinggi dengan keupayaan dan kemampuan mereka.
4. Nilai:
- Hormat
- Kasih sayang
- Keberanian
- Bertanggungjawab
- Kesederhanaan
B.
Penguatkuasaan undang-undang kerana:
- Memberikan keadilan kepada mangsa.
- Membela mangsa penganiayaan.
- Hukuman diberikan kepada mereka yang menganiayai golongan tersebut.
- Untuk mengelakkan orang ramai supaya tidak melakukan penganiayaan terhadap mereka.

Comments

  1. Hi... terima kasih untuk jawapan atas👆...boleh tak bagi saya jawapan buku teks pendidikan moral tingkatan 2,2018 jawapan pemulihan boleh....?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

NOTA PEND MORAL - TING 2 (2019)

NOTA PEND MORAL - TING 2 (2019) KLIK DI ATAS (YANG WARNA KUNING)

MURID PAGI 2019

MURID PAGI 2019 KLIK SINI UNTUK GAMBAR